Anger.......

i got this article from a yahoogroup forum. Do not where exactly they originally got this article from. read on peeps.

Di suatu pagi seorang guru bertanya kepada para muridnya.

Guru:"Mengapa ketika seorang sedang dalam keadaan marah, ia akan
berbicara dengan suara kuat atau berteriak?"

Murid:"Kerana saat seperti itu dia telah hilang sabar, kerana itu dia
berteriak."

Guru "Tapi...Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya
di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Apakah ia tidak dapat
berbicara baik-baik?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan
mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar
dapat memuaskan hati.

Guru: "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak
antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara
fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang
demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka
berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya
jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh
lagi. Kerana itu meraka terpaksa berteriak lebih keras lagi."

Guru menjelaskan dengan lebih lanjut: "Sebaliknya apa yang akan
terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak
berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar
dari mulutmereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-
duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu
jelas sekali.

Guru: Mengapa pula demikian?"

Murid: Mengapa? Tanya murid-murid mahukan kepastian

Guru:.."Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak.
Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucaplan. Satu
pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami
apa yang ingin disampaikan."

Guru (Meneruskan): Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah
hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan
kata-kata yang mendatangkan jarak diantara kamu. Mungkin di saat
seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang
bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda."

Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang
tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik,
acapkali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih
banyak.

0 Responses to “Anger.......”

Post a Comment


Web This Blog
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x


XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 My World | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health