Kau terlalu istimewa.....

Downloaded this song today, heard of it before but never really get into the message given in the song.. well, i browse through adibah noor's website and discover this heart touching story about a mother who lost her 8-month old babygirl... hope all of you can spare some of your time to read it, truly it is a story that will make you cherish our life and treasure each moment that passes by..

i've posted a portion of the full story cause it is too long to post it here... so, read on people...



Ahad (24 November 2002 – Hari ke 11)
Mujur tidak lama selepas itu muncul Dr Abd. Halim…melihatkan pada keadaan Anis, dia lantas memanggil saya dan suami dekat dikepala Anis, dan meminta jururawat mengangkat Anis ke pangkuan saya untuk Anis menhabiskan hayatnya. Dan dengan perlahan-lahan Doktor mencabut satu persatu penyambung hayat Anis…. Saya peluk badan Anis, saya bisikkan ayat-ayat suci kepadanya. Saya katakan padanya yang…mama dan ayah redha dengan pemergian Anis….pergilah sayang…mama dan ayah relakan Anis pergi…pergilah dengan tenang Anis..jangan takut…Anis pergi dulu..nanti Anis tunggu mama, ayah Iky dan Ika diakhirat.Ketika monitor yang menunjukkan nyawa Anis hampir sampai keakhirnya, ayah saya iaitu datuk Anis baru tiba dari kg. Dan sebaik saja datuknay mengucupnya Anis Sabrina pun pegi dengan tenang menghadap ilahi…Saya masih tidak percaya yang Anis telah pergi…dan apabila saya melihat monitor …barulah saya pasti yang anak saya ANIS SABRINA telah kembali kepadanya dengan keadaan yang menyayat hati…INNALILLAHI WAINNALILLAH HIR RAJIUNNNNNN. Buat yang meyaksikan Anis Meghembuskan nafasnya, pasti tidak dapat menahan sebak…Selamat Anis….tenanglah Anis disana. Anis pergi dengan disaksikan ahli keluarga saya dan suami, datuknya, cik gee, cik som, cik lah, cik rin, cik mah…mak lang, mak ngah, pak ngah, cik wan, radzwan, cih shah, jururawat dan doktor yang ada disekeliling Anis. Anis pergi menghadap ilahi tepat pukul 6.30 petang dalam hujan renyai-renyai. Selamat Tinggal Anak Mama ANIS SABRINA. Mama sentiasa sayang dan mengingati Anis sehingga keakhir hayat mama…dan semoga kita dipertemukan disana. ANIS SABRINA tetap kekal dalam ingatan mama, ayah, Iky, Ika dan semua saudara mara. Mungkin ketika itu Anis telah mendapat ketenangan dan tidak merasakan kesakitan seperti sebelumnya. Ini dapat saya lihat dari keadaan wajah Anis yang cukup tenang, cantik dan teramat comel, berbeza sewaktu sedang tenat. Mungkin ini juga kerana saya telah merelakan dia pergi, kerana sebelum ini saya seperti tidak mahu kehilangannya, namun apabila difikirkan buat apa sya menyiksanya…dan saya bedoa semoga dipercepatkan masa untuk Anis bertemu penciptanya. Selamat tinggal anak mama…. Mungkin selama ini Anis menunggu keizinan dan kerelaan dari saya ibunya untuk meninggalkan dunia ini. Pergilah Anis………. (for the full story click here)


0 Responses to “Kau terlalu istimewa.....”

Post a Comment


Web This Blog
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x


XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 My World | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health