adush...

"Khairy is one sharp cookie -- that, I have to take my hat off to him.
He is going to prove two things, well maybe three things.
One is that to succeed you must marry the daughter of the Prime Minister.
Two, you must get an education at Oxford or Cambridge.
And three, you must control the media, as America has demonstrated.
And Khairy is all three in one.
The RAHMAN Theory is going to be proven correct after all.
But ‘N’ does not stand for ‘Najib’.
‘N’ stands for ‘Nori’s husband’. So eat your heart out Najib"
~ quoted from Raja Petra article on Malaysia-today


well.. today dah start keja balik kat opis.. kerja macam biasa je, walaupon seminggu tak masuk ofis last week.. alhamdulillah, kerja tak menimbun sgt.. siap bleh nk prepare cashflow lagi utk company & have a lot of enjoyment while doing it!! :) ... seronok je letak duit banyak2.. siap allocate untuk beli pejabat baru la, beli kereta baru la, upgrade komputer2 la.. tp semua tu planning atas kertas je.. the real money is in the work effort... apa2 pon, doa2kan lah agar semua planning tu berjaya erk, demi bangsa, agama dan negara...

Without you




last week duduk kat KL selama seminggu.. pueh hati dok berjalan2 kat KL nun.. sebab kursus keusahawanan punya pasal pasa siang hari, masa malamnya digunakan sepenuhnya dengan aktiviti2... takkan nk tido dah awal2 kan.. so banyak la pi merayau area2 selangor ni.. huhu

about the kursus, quite ok la utk saper2 yang nk belajar basic ni.. bagus gak utk fresh graduate yang teringin nk buat business or nk some added value in the resume.. so, saper2 yang teringin nk join kursus2 pasal kewangan tu.. contact ar sy.. or g ke http://www.erf.com.my

tak larat nk tulih panjang2 arini, letih buat kerja rumah.. by the way, anak sedara ngan kakak sy akan ada kat rumah selama sebulan.. my kakak dalam pantang skrang.. n neo faris arman kena la kawan ngan sy sepanjang bulan ni... kena la ngasuh dia.. so, tambah la kerja jadi pengasuh lak..

anak sedara sy yang aritu cakap nama myra tu dah tukaq nama plak.. "nea farysah" pendek plak nama dia ni.. apa2 pon, she's becoming a very chubby baby girl.. hahaha.. kuat tido budak tu..

k ar, chow...

Penatz...


Gambar Hiasan: The BeBudaks

huhu.. minggu ni mmg quite tah hape2 sikit... ulang alik KL boleh dikatakan setiap hari...

semua bermula dari isnin malam, masa tu pergi ke KL, sebab pagi ari selasa kena pi ke Public Bank...

ari selasa lak, lepas pi ke bank balik ke lumut balik sebab banyak benda yang tergendala kat office untuk dikerjakan...

ari rabu, kerjakan aper yang patutu dikerjakan kat ofis..

ari khamis, bermulalah satu epik pengembaraan yang agak memenatkan...

pelan awal, utk balik hari dari lumut ke klang for some discussion ngan supplier.. pastu ari jumaat, kakak2 sy balik ke lumut.. hari sabtu nk buat picnic kat teluk senangin.. sabtu ptg nk ke penang untuk kenduri kawen sedara... erm, mmg dah plan baekk punya weekend ni ngan aktiviti2.. akan tetapi, kita hanya merancang dan Dia yang menentukan segalanya....

di dalam perjalanan ke klang, telefon ayahanda berbunyik dan kami diberitakan bahawa kak su sy yang sarat mengandung telah dimasukkan ke hospital sebab dah nk beranak... terkejut kami semua dalam kereta tu, sebab sepatutnya due dalam 3 minggu lagi.. sy masa tu, tah kenapa dalam hati menyebut.. "yes!! yes!!" seronok gak nk dapat anak sedara nih... huhu.. masa tu kami still teruskan gak discussion ngan supplier tu, lepas lunch aper semua, kami pergilah ke rumah kekanda sy kat puchong tu.. tak pergi lagi hospital coz kak su sy tu tgh duduk dalam delivery room n sapa2 pon x leh masuk.. so kami tunggu, punya tunggu.. malam baru la kami pi hospital sebab dia mintak antaq nasik n masa tu dia duduk kat lobby hospital.. masa pi jumpa tu, dia duduk sembang eok je pon kat lobby tu, tadak sakit apa pon.. nampak gayanyer, lambat lagi la nk beranak ni.. so kami balik je la..

pagi esoknyer, sy ngan abah plan nk balik lumut sebab nk settle keja sikit kat lumut.. pagi tu dalam pukul 9.30 kami bertolak, masa dalam kereta nk balik ke lumut, sy cadang nak pergi tgk dulu kak su kat hospital n abah pon cakap ok je.. so, kami berdua pi la hospital.. sampai2 je kat hospital, masa naik lif... berbunyik hphone sy masuk msg.. tgk2, rupanya ada misscall dari kak long plak.. call dia balik.. n kak long bgtau yang kak su sy baru je deliver baby girl.. jam masa tu pukul 10.06 pagi.. baby tu kuar pukul 10.05 pagi.. huaaa... seronok giler masa tu, elok2 ja masa kami baru sampai.. bila naik atas dapat la jumpa n pegang baby tu kejap n abah qamat kat telinga baby tu.. sy plak dok snap gambar ja.. huhu.lepas tu, kami pon bertolak la balik ke lumut......

ari sabtu plak, sy ngan abah duduk kat rumah.. buat kerja2 rumah apa2 yang patut, sy basuh kereta yang lama x berbasuh nun.. (sekrang dah kembali berkilat beb).. petangnyer plak, kami pi balik ke puchong sebab abah dok nk tgk cucu baru balik rumah.. huhu.. so, walopon penat, pergi la jugak ke puchong ptg sabtu nun...

erm, cerita pasal arini lak.. pagi td saya, abah, mak, kak ngah n kakak sy pergi plak ke SOGO KL utk beli barang2 baby for another incoming baby... jenuh la mak ngan abah menimang dua cucu tahun depan nih.. huhu.. masa diorang pi beli barang2, sy ngan abah pi makan nasik kandaq baek punya yakni NASI KANDAR KUDU.. (sapa2 yang minat nasi kandar ka KL, kalau x tau tempat ni mmg tak sah!!) lepas makan n bawak abah masuk SOGO jumpa mak n kakak sy balik.. sy pon mintak izin nk pi ke Puduraya to catch a bus to lumut.. dari sogo, naik lrt ke pudu.. sampai ke pudu, beli tiket bas, dia kata pukul 2.30 tp... rupanya2, bas tu rosak.. pukul 4 baru la bertolak.. ini bermakna, sy telah meghirup udara nan "segar" kat bawah platform tu selama lebih kurang dua jam.. apa2 pon, the whole journey on the bus was great.. n alhamdulillah dah selamat sampai...

okeh, sekrang sy dah sampai kat lumut... n esok pulak.. nk kena pi KL lagi.. hauhauhau... kali ni sebab ada kursus keusahawanan kat bangunan takful nasional organised by erf sdn bhd... empat hari kursus tu.. harap2, masa kursus tu takde la nk kena kehulu ke hilir dah.. boleh menetap kat satu tempat lama2 sikit..

wokeh, penat dah nk nulih.. chow..

Perjalanan Hidupku
bersama
~PENERAJU WARISAN MUTLAK~ Chapter 5 : Bermulalah Sudah

pada siri yang lepas, telah diceritakan mengenai majlis ijazah.. sekarang secara rasminya sy telah bergelar sebagai murid silat cekak hanafi.. hari ini, sy akan menyingkap kembali peristiwa2 yang berlaku pada hari kelas latihan silat pertama...

Pada hari isnin, sekitar bulan jun 2002.. kami ahli2 bari SCH uniten diminta untuk dtg kat padang hoki uniten utk kelas latihan persilatan yang pertama.. masa tu rasa ngeri la gak nk turun.. butterflies in my stomach.. maklumlah, zaman shy2 lagi masa tu... malam tu sy turun kelas latihan dengan member satu floor cendekiawan sy yakni en adzroul.. jalan kaki ke padang hoki.. bila sampai kat padang hoki, nampaknyer kami la yang paling awal.. (kami berdua masa tu mmg dikirekan sebagai dak skema yang selalu menepati masa ke mana2 kelas sekalipon).. pastu dtg lah kelibat2 lain2 member silat.. termasuklah tenaga pengajar.. n then.. bermulalah kelas latihan pertama..

masa kelas latihan pertama... kami diajar cara nk genggam penumbuk, ngan mengukur penumbuk.. huhu.. jadi malam tu, "tumbuk!!! tarik!! tumbuk!! tarik!!" .. huhu.. kalau member2 cekak mmg biasalah kelas latihan camni awal2.. pastu ditambah pula ngan cerama yang berusaha tuan penyelia.. en Abu Huzaifah(Abg Huzay<---nama glamer)huhu.. masa mula2 kenal abg haji ni, ingatkan pakchik mana la yang dah berumahtangga beranak pinak... kalau en abu terbaca ni, jangan marah ye.. ini cuma rentetan pemikiran lepas.. heheh... apa yang jadi masa kelas latihan pertama x ingat sgt, yang pentingnyer, buat junior2 gue, masa sy belajar cekak ni dulu, sy lari sekeliling padang tu wooo!! (x mcm masa dah tua kat uniten dulu..huhu)

erm, cukup la buat kelas latihan pertama, ni nak cerita pasal AGM plak... huhu, tarikhnyer seperti biasa sy tak ingat.. tapi pada hari tu, mmg malas nk pi, tp pikirkan nasi tomato berlaukkan ayam yang dijanjikan pihak exco, telah kami tekad utk datang!! dengan penuh kesanggupan, saya menapak dari cendekiawan ke COBM uniten untuk hadir ke AGM tu.. ramai la gak member2 yang datang, tak kira yang tua dan muda, yang senior yang junior, yang pelajar dan yang alumni.. ramai yang ada.. jadi masa mula AGM tu, sy san adzroul selaku budak skema akhir zaman.... merelakan diri utk duduk di barisan hadapan.. setelah beberapa seketika, bermulalah AGM tersebut.. (kepada sesiapa yang x tau, AGM stands for Annual General Meeting)... masa tu, ada dua pembentangan je rasanya, dari setiausaha dan bendahari.. laporan setiausaha dibuat oleh abg alan atau en azlan bin abu bakar.. masa tu ternampaklah abg alan yang suka sengih tak kira masa dan ketika..

tak lama kemudian, bermulalah sesi memilih exco untuk sesi berikutnya... sy masa tu dok rileks je la, dok terbayangkan habuan lepas AGM.. hehe.. tiba2, ada seseorang membisikkan something kat sy dari belah kiri belakang.. "phst..phsttt...kau nama apa??".. sy dengan tanpa segan silu menjawab kepada en abu (tukang bertanya td).. " Shahrul Zakri"... kemudian, bagaikan halilintar menyamber ke bumi yang nyata.. terlihat kelibat abg hakim atau en amir hakim bin suppian@suffian bangun dari tempat duduk dengan machonyer dan bercakap.. "saya ingin mencadangkan Shahrul Zakri sebagai exco" dalam pemikiran sy "..............." lalu en adzroul di sebelah sy dengan tanpa rasa malu pula bangun dan menyebut " saya menyokong!!" dalam pemikiran sy ".... ... ... .... ..... ...."

begitulah kirenyer sy terpilih menjadi exco... dalam keadaan ".................................."

lepas abih pemilihan semua, kami exco2 yang baru telah diminta turun ke pentas utk dengar usul dan cadangan dari ahli2.. sy masih dalam keadaan "............" malam tu jadik pak turut je la.. lepas abih je agm, masa makan dalam pemikiran "hahaha... eating time!!" masa tu masih dalam keadaan sedar, lepas makan, YDP yang baru en amir panggil semua exco untuk setkan first meeting.. lama gak kami berbincang.. (masa tu diorang berbincang, sy angguk2 je..huhu) malam tu lewat la gak balik rumah, tp alhamdulillah ada yang sudi mengantar... sampai aje kat cendekiawan.. masa nk tido dalam otak.. still "............."

Newest Addition to My Family



this is my new niece... nama dia mungkin "Myra".... tak confirm lagi... lahir di Pantai Hospital Bangsar... pagi td pukul 10.05..

Andainya Malaysia diserang

Andainya Malaysia diserang


Kalau kita kena serang. Ape perasaan awak?



AMARIKOS menyatakan
Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan, Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita...YB Wakil Rakyat ... Parlimen dan ADUN...Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab...Khalifah Ali Abi Thalib...Khalifah Khalid Al-Walid... Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi...yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh
Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua... perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang
MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Datang lagi pesawat musuh silih berganti.....

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih berganti....

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO ... diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket... kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam
Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006 ... diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM
...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu...


Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.....
Anda menangis ketakutan....

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.
Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa.... didepan mata!!!! kawan-kawan...sahabat taulan... ramai yang terkorban.. dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah...tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa...

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...BANTUAN ALLAH....

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA
MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN.....BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu....bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...
ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANGLAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang
Malaysia"
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke
MALAYSIA selepas tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM)

"Alhamdulillah... Negara kita
Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan...Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni" <--- Pemimpin Malaysia selalu sebut. (Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke
Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia" (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand)

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam
Malaysia yang dilanda peperangan" (Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir2
kan....


Personal Note :lama x post dalam blog ni.. quite busy lately n malas nk buat entry... artikel nih jumpa dalam prowaris group.. best kalau baca n quite ngeri gak kalau pikir2kan..

Personal Note 2: Hari ni baru dapat anak sedara baru.. lahir jam 10.05 am at Pantai Hospital Bangsar.. 2.6kg Baby Girl.. Congrats to my sister!



Web This Blog
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x


XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 My World | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health