tah aper2


takder mood nk nulih aper2.. tp nk gak buat posting dalam blog arini...

arini quite penat cause ada kontrak baru nk masuk... and this will be the first contract i would be handling by my self.. naik juling mata baca term & conditions dia.. tah apa2 yang dia tulih pon susah nak paham... alhamdulillah, dapat la gak paham terms2 n jargons dalam clause2 tu dengan bantuan encik Cambridge Online Dictionary.... namanyer pon tgh belajar lagi erk.. takkan terus2 je bleh pandai buat keja ye tak? talking about business, sejak sy join ERF punya course nih, banyak benda yang belajar, dapat jumpa n talk to ramai usahawan melayu.. the third generation Malays... masa kursus tu sy dapat lihat macamana kita sebagai org Melayu mesti berubah... takleh hanya hendak mempertahanan hak ketuanan Melayu di negara kita.. walaupon itu hak kita, tetapi pernah tak kita pikir apa yang membuatkan kita mempunyai hak ke atas tanah bertuah ini... kita semua mesti berusaha mempertahankan hak kita, peluang2 yang ada di negara kita cerah dan kerajaan dah banyak membantu masyarakat bumiputra untuk naikkan taraf ekonomi mereka... maybe antara kita ada yang pikir or yang non-bumi akan mempersoalkan hak ketuanan Melayu ni... kenapa ada status keistimewaan Bumiputra di negara kita... well, semuanya pasal sikap org Melayu dan cara pemerintahan British... sebagai mana kita tau, dulu British mengamalkan sistem divide n rule.. di mana setiap bangsa di kelaskan mengikut kerja... rasa2nya kenapa diorang buat camtu? kalau menurut info sy ni, rupanya2 semua ni sebab Munsyi Abdullah(kacukan.. not pure malay) yang menulis di dalam laporan kepada Raffles dulu yang mengatakan Melayu ni pemalas, suka tido dan tak pandai bekerja... ada quote lama dari org china yang cakap "Orang Malayu ini ming-ong.. kerija satu tawon mau makan dua tawon.."... sebab itu lah dulu org british banyak amek org dari cina ni bekerja...sebab mereka kat tanahair mereka sedia susah dan selalu berperang so semangat juang hidup mereka lagi tinggi.... yang org melayu, pihak raja2 banyak diberi kuasa, itu pon ramai dah berpuas hati.. tak ramai yang memberontak tatkala tanah mereka disedut segala kekayaan buminya... kalau nk dikirakan org yang business minded ke tak ke.. semua tu takder aper, yang org2 cina yang dulu datang tanah melayu pon bukannya saudagar2.. tp semuanya petani gak.. tp keinginan mereka dan kesusahan mereka lah yang menyebabkan usaha mereka untuk belajar trick of the trade tu lah yang membuat diorang berjaya...

erm, mengapa ada hak keistimewaan org melayu... well, bagi menaikkan bangsa melayu ni perlu la bg kelebihan sikit... senang cerita, org lain dan berjalan.. kita masih merangkak.. mesti tak terkejar kita dengan org lain... the chinese, the already got their resources right.. the fulus is there, the status is there, the contacts are there as well.... org2 Melayu yang nk penetrate dunia business ni mmg susah kalau takde bantuan dan hak keistimewaan ni.. tp malangnya... bangsa melayu mmg mudah lupa dan lalai... bila ada hak sebegini, dipersia2kan.. bila dah kaya, abih semua benda dia lupakan.. masa zaman TDM dulu, braper ramai usahawan melayu yang dia naikkan... tp ramai yang lupa diri dan hanya kaut keuntungan untuk ahli keluarga depa saja... malas nk sebut saper, tp mmg ada kebenaran bila or menyebut "Melayu Mudah Lupa"

saya menulis ni bukan sebab nk kutuk ke aper ke.. tp nk bg kesedaran bg diri sy sendiri yang membawa nama Melayu, yang mengamalkan adat Melayu dan beragama Islam.. mahukah kita diperlakukan seperti hamba di bumi sendiri??? kita sebagai bangsa melayu mesti berusaha mempertahankan hak kita... bukan mengharapkan hak kita yang akan mempertahankan diri kita...

masa dulu dalam kepompong uniten, sy tak pernah terpikir hal2 camni.. alhamdulillah lepas kuar dari uniten n join dunia perniagaan ni, baru la terbukak mata ngan minda tentang benda2 nih... so, harap2 lah para2 graduan dari universiti semua peka pasal benda2 ni.. kalau tidak saya rasa ramai yang hanya belajar untuk dapat kerja dan cari kesenangan untuk keluarga saja...

erm... tah aper entah mood sy arini... td cakap takder mood nk tulih, tp skrang dah mengarut nulih tah hape2... erm, by the way.. baru2 ni dgr lagu baru/lama x tau.. tp sy baru dgr.. td sy edit buat wallpaper lirik dia... tp malam ni tak kuar idea2 best nk edit, camtu je la jadiknyer, walopon x lawa dipandang tp liriknya best...huhu... anyway, it is quite a nice song to hear, kalau ada masa cari je la sendiri...

k ar... chow

0 Responses to “tah aper2”

Post a Comment


Web This Blog
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x


XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 My World | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health